Monday, February 21, 2011

Ahli terbaru reban



Ini adalah salah seekor anak yang dibawa pulang dari KL tempoh hari setelah 2 minggu dengan saya. Anak ini dari baka berdarah limbat.

This is the latest one of the latest member of my coop brought back form KL 2 week ago. This chick is a decendant from one of a famous bloodlines.

Saturday, February 19, 2011

Lawatan ke Reban Serama Batu Caves KL

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu saya berkesempatan melawat ke reban Serama Batu Caves KL. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada saudara Hanif selaku tuanpunya reban kerana tidak jemu-jemu melayan kami serta begitu pemurah dalam berkongsi tips-tips berkenaan serama. Di kesempatan ini dapat juga saya membawa pulang beberapa ekor anak serama yang dihasilkan di reban ini. InsyaAllah, akan saya postkan gambar-gambarnya nanti.

Friday, February 18, 2011

Knife project for a friend with the same interest in serama - part 1

 The knife was made using stock removal technique. Shaped till closest to the final dimension and ready for heat treatment.
 DIY furnace that i used for all my knife projects using metal pipe, normal construction cement that was bought at a local hardware store mixed with sands and ashes.
An old vacuum cleaner use as blower.

Charcoal fire from this furnace is hot enough to heat the steel that i'm working to hot orange colour in less than a minute.

For this knife, the blade was normalize (the blade was heated to non-magnetic temperature then air cooled) two times . The blade then reheated to non-magnetic temperature and edge quenched in old motor oil.

 After quenched, cleaned and checked to make sure there are no cracking and major warping, the blade was tempered in electric oven for two hours at 200 degrees celcius to bring the edge hardness to about 61-62 HRC based on the heat treating table for DF2, the steel used for this blade.

Installing the fittings.

to be continued

Saturday, January 22, 2011

Kecurian....

Hari ini saya mendapat satu berita sedih. Panggilan telefon dari orang tua saya memberitahu 5 ekor ayam saya telah dicuri orang.
Antara yang dicuri ialah Sri jelutong, induk asal yang diambil dari Bukit Marak, salah satu bapa pembaka saya, dan 2 ekor induk yang lain.
Kejadian ini berlaku di antara malam semalam ataupun awal pagi tadi. Apa nak dikata kejadian dah berlaku, mungkin silap diri sendiri kerana kurang berwaspada harap-harap ianya tidak berulang lagi.
Kepada insan yang terambil tu... berbaloikah apa yang diperolehi hari ini berbanding dengan balasan di sana nanti renung-renungkanlah....

Tuesday, January 18, 2011

Anak-Anak Terbaru Induk Pembaka Reban





Adik-adik seibu Sri Jelutong dengan bapa yang lain setelah seminggu menetas. Saya masih dalam proses mencuba mendapatkan gabungan pasangan yang dapat menghasilkan anak-anak yang cantik. Setakat ini belum dapat gabungan yang menghasilkan anak-anak yang mempunyai ciri-ciri gaya dan aksessori yang betul-betul konsisten kerana saya masih baru dan masih banyak yang perlu dipelajari dalam breeding serama ni. Setakat ini saya belum pernah melepaskan ayam-ayam dari reban saya melainkan kepada saudara dan sahabat terdekat kerana ingin memerhatikan perkembangan baka-baka yang dihasilkan.

Sri Jelutong latest siblings with the same mother after a week hatched. I'm still in a proses of trying to find the best combinations of pairs that'll produced the best style and attitude that came with perfect accessories that can be consistently produce. There are still so much for me to learn in breeding serama. Untill todate i heve never let go of my serama other then to my closest friends and relatives because i want to keep track of the progress of the bloodline.  

Induk Pembaka Reban


Induk ini adalah ibu kepada Sri Jelutong bersama bapak pembaka dari Bukit Marak. Baru-baru ini empat ekor lagi anaknya telah menetas, gambarnya akan diposkan nanti.

This female serama is the mother of Sri Jelutong with a cockerel from Bukit Marak bloodline. Another 4 of her chicks have just hatched recently, i will post the pictures later.

Monday, January 17, 2011

Sang Merah


Salah seekor bapak yang dihasilkan direban saya. Ia belum pernah diturunkan benihnya. Mungkin akan cuba dengan induk-induk baru yang telah ditambah ke reban saya.

One of the serama cockerel produced in my coop. Never been breed before. Maybe will consider to breed him with some of my new females which was recently added to my coop.