Saturday, January 22, 2011

Kecurian....

Hari ini saya mendapat satu berita sedih. Panggilan telefon dari orang tua saya memberitahu 5 ekor ayam saya telah dicuri orang.
Antara yang dicuri ialah Sri jelutong, induk asal yang diambil dari Bukit Marak, salah satu bapa pembaka saya, dan 2 ekor induk yang lain.
Kejadian ini berlaku di antara malam semalam ataupun awal pagi tadi. Apa nak dikata kejadian dah berlaku, mungkin silap diri sendiri kerana kurang berwaspada harap-harap ianya tidak berulang lagi.
Kepada insan yang terambil tu... berbaloikah apa yang diperolehi hari ini berbanding dengan balasan di sana nanti renung-renungkanlah....

No comments:

Post a Comment